October 25, 2010

F5: Defrag: Tuning.

Cakap pasal tuning, aku rasa dah lupa macam mana nak buat database tuning, omg. This shouldn't happen really. Anyways, sorry aku dah jarang update panjang panjang sebab nak kejar final dah ni. Rabu ada submission, progress baru 20%, die ok, die.

Dulu masa dip aku rasa nak cari internship placement adalah benda yang paling menyusahkan, nak kena call, buat follow up, hantar resume apa bagai tu belum masuk part kena reject kaw kaw sebab orang tak tahu nama kolej aku. Nasib baik aku dapat buat kat satu mnc ni, nasib memang baik. Tempat tu pun aku tak apply, nasib memang baik.

Tapi kat sini, ya Allah, aku rasa tak payah susah susah call ke rajin-rajin nak apply ke sebab confirm akan dapat. Boleh buat pilihan lagi, ikut je hati nak yang mana (though hati tengah pening sebab semua suka wthell weh, manusia memang tak bersyukur kan? Aku, especially)

--
Minggu ni dan minggu depan will look like this:
  • 27/10 : IPM submission
  • 28/10: CF submission
  • 02/11: ADS, CF, BISTAT tests back-to-back, doakan aku dapat hidup the next day.
(aku tak tahu nak study mana satu dulu seriously)
  • 03/11: Presentation IPM, SBE test
  • 04/11: SBE submission
Saja letak so bila aku mengada nak update, takde la terlagha nak buat benda lain. Study weh D, study!
--

Hari Jumaat lepas memang hari yang terbaik. Lepas dapat markah corot, malam tu aku all out. Tak menang pun, but I had fun. First performance ever. Aku dulu selalu berangan nak perform but I don't have the guts, so after yeaaaars, akhirnya. Aku suka. Malam habiskan onion ring sambil borak benda yang tak masuk akal dengan adik-adik (yang macam seumur aku), memang lepas tension habis. Alhamdulillah.
--
Bila benda tak ada depan mata baru nak sayang. Baru nak cari balik. Baru nak simpan elok elok. Esok lusa benda tu datang balik, aku confirm aku tak rasa apa, kau hilang pun aku tak kisah. (Ok, not really, jangan hilang please? Main hide and seek tak apa, ok sayang? :) )

No comments: