Tapi seronok gila. Seronok sangat, masa-masa macam tu la yang buat aku miss zaman sekolah aku. (Haha kan aku pernah cakap, time sekolah aku loser, so kawan-kawan aku 80% adalah kawan virtual. Dorang best, tak judge. What you see is what you get. Takde conman sangat time tu). Semua pakat lepas terawikh log on sama-sama, cerita apa yang best masa lepas terawikh... contohnya macam kawan lama aku (okay, sekarang tak pasti status tu macam mana sebab dah lost contact. Ada history ni kikiki), si Z, memang hari-hari akan main mercun. Aku memang idakle. Time tu Ibu masih ada, dan dah start sakit, the only entertainment I had was that, so aku lost dalam dunia aku, sama macam aku lost dalam Tumblr world sekarang (itu, cerita lain).
Lepastu, after 5 am macam tu, sorang-sorang logged out, ye lah nak sahur. Siapa yang hardcore macam aku akan stay up lagi sampai pukul 8 macam tu. Hm, aku rasa aku banyak ponteng or cuti sekolah kot masa benda ni berlaku (circa 2001-2003) [2], so tu pasal aku tak kisah stay up late. Tapi kat sekolah kow-kow punya la qada' tidur. Aku memang kaki ponteng. Lagi teruk bila start form 4, lepas Ibu dah tak ada. Sebab takde orang nak monitor aku. Selalu ponteng dengan si kawan baik. Selalu disini adalah dalam konteks at least, sekali seminggu. Hohoh. Kalau adik aku buat perangai buruk macamtu, memang dah lama kena sebat dengan Abah. Tapi aku relax. Chill orang kata :-P
Tapi harini aku sahur, aktiviti aku untuk stay awake was talking to my roomate, makan sambil bercakap. Buruk gila perangai. Lepastu tunggu Subuh, dan apa yang aku buat? Aku update blog, tengok Tumblr, adala baca notes sikit-sikit sebab jap lagi ada quiz. Haha. Safe to say, bosan gila. Okaylah, tanggungjawab dah memanggil. Selamat berpuasa!
--
[1] Sampai sekarang aku masih keep in touch dengan budak-budak ni, 50% of them aku jumpa on yearly basis. Ye lah, yang sorang tu kat Sarawak (hi Zim!), ada yang kat UK (hi Kijat!), ada yang kat Perlis (hi Nuul!), jauh sangat kalau nak buat monthly ye dak?
[2] Aku rasa time ni pun mungkin aku sekolah petang kot. So yeah, that explains it.
No comments:
Post a Comment