Peringkat lima – Setelah melalui beberapa fasa susah-senang, timbul rasa ambil berat dan belas kasihan. Dalam fasa yang paling payah, sudut diri kita yang paling hodoh akan terdedah. Waktu ini, teman yang rapat akan cuba cari persamaan dan tumpu pada kebaikan kita. Jika sayangnya banyak, dia akan jumpa. Jika sayangnya sedikit, dia takkan jumpa. Dia paling celik pada keburukan kita, pada perbezaan di antara, dan (secara sedar atau tidak) mula menimbal sama ada mahu menjauh atau tidak. Di peringkat ini, kalau kita ditinggalkan teman rapat, hampanya setanding putus cinta. Dan kita belajar betapa luasnya konsep rejection.
*Ambil nota bahawa ini bukan soal siapa baik-siapa jahat, atau siapa betul-siapa salah. Ini soal pilihan. Yang mana kita semua berhak. Jika kita tidak dipilih, bukan bermaksud dia sial atau kita sial. Ia bermakna kita emas bagi orang lain.
Peringkat enam – Tinggallah teman yang sebenar. Teman yang sebati dengan kita. Terima kita, peluk kita tanpa banyak soal. Matanya sudah menjangkau cacat kita. Melihat kita sebagai kita. Titik.
Ini aku. Jadi, kalau kau masih mahu aku, ambillah. Aku cuma di sini pada yang mahu.
(via WRD)
--
Tahap paling membencikan ialah tahap kelima. Tahap aku selalu tersangkut dan di-reject berulang-ulang tanpa belas kasihan. Aku dulu vulnerable orangnya, tapi sekarang tidak lagi. Patut ucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada bekas-bekas kawan.
Ada yang tinggalkan bertahun, kemudian datang balik. Yang akan datang bila diperlukan. That's nice, we're not bffs or some sort but just, there, for each other - no string attached. Kalau kena reject lagi, no hal sebab dah pernah kena teruk.
One thing you should know about me - I can be your friendliest friend, and I can be a bitch too. The time I needed a friend the most is when I'm being a bitch and sadly that's when people decides to leave. And left me bitter.
No comments:
Post a Comment